بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Tuesday, November 2, 2010

Sketsa


Aku lahir kerana Cinta Cinta Rabbku yang begitu luas

Cinta ayah ibu yang tak kan terbalas

Ku syukuri semua itu

Kerana hidup ini telah digariskanNya untukku

Agar ku memahami tujuan akhirku

Dan inilah sketsa hidupku

Yang penuh onak dan duri

Pahitnya peritnya hidup sering kurasa

Namun kusadari hikmah disebaliknya

Itulah kehidupan yang fana

Aku tak ingin berkeluh padaNya

Kerana ku yakin…

Ada manis Syurga yang menanti…

Wednesday, October 27, 2010

Kebenaran


antara kata-kata ku tidak cukup untuk mengatakan kebenaran atau kata-kata ku yang terhad untuk berkata tentang kebenaran?

"Demi masa... Sesungguhnya manusia dalam kerugian... Kecuali orang-orang beriman yang mengerjakan kebaikan serta menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

(Surah Al-Asr)

Syukur


Kita melihat orang lain bahagia dan gembira dengan apa yang mereka miliki di dunia ini, tapi kita berfikir kita tidak? Tidak terfikirkah kita jika mereka juga melihat kita sepertimana kita melihat mereka?

Sunday, June 6, 2010

Jika

Jika kamu miskin, masih ada yang lebih miskin daripada kamu.

Jika kamu sakit, masih ada orang yang sakit teruk daripada kamu.

Jika kamu bodoh, masih ada orang yang lebih bodoh daripada kamu.

Jika kamu buruk, masih ada orang yang lebih buruk daripada kamu.

Jika kamu hodoh, masih ada orang yang lebih hodoh daripada kamu.

Jika kamu kaya, masih ada orang yang lebih kaya daripada kamu.

Jika kamu kuat, masih ada orang yang lebih kuat daripada kamu.

Jika kamu pandai, masih ada orang yg lebih pandai daripada kamu.

Jika kamu cantik, masih ada orang yg lebih cantik daripada kamu.