بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Monday, May 31, 2010

Sahabat vs Kawan..

khas buat bernama sahabat -
ishkandar zulqurnain

Kawan
ada masa kita susah..
Kawan
ada masa kita bermasalah..
Kawan
ada bila kita memerlukan..

Tetapi..

Kawan tak s e t i a n y a SAHABAT..
Mempertahankan sahabatnya walaupun didapati sahabatnya yang bersalah, dengan niat sahabatnya berubah dikemudian hari..
Bagi dia bukan tugas kita menghukum..
Sabar katanya..

Kawan,
Dia lari menjauhkan kita..
Katanya..
Macam macam dah tolong, ini balasannya?
Tak kenang b u d i katanya..
Balasan budi yang diharapkan kawan..
Ukhwah sejati yang dicari sahabat..

Yang baik hanyalah dariNya.. Yang buruk datang dari kekhilafan manusia sendiri..




Wednesday, May 26, 2010

Fatamorgana

Ketika fikiran ku melayang mengimbau peristiwa yang menghancurkan cita-cita, impian dan kerjaya ku.. Pendengaran ku menangkap sayup suara mendayu dicorong radio memainkan lagu yang cukup menghambat perasaan duka dihati ku ini.. Setelah ku kuatkan...

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Fatamorgana - Hijjaz

Bagai mengerti kegusaran dihati, kelopak mataku tidak lagi berupaya menampung kilauan air lalu berjujuran butir-butirnya jatuh membasahi pipi ku..

Ya Allah..
Kembalikanlah aku kepadaMu dengan iman dan keredhaanMu..

Permata Yang Hilang

"jika kita bukan pelita yang mampu menerangi malam,
memadailah kita menjadi kunang kunang
yang menemani di kegelapan"

-Madah Pujangga

Dipetik melalui buku Permata Yang Hilang - Ibnu Yusof

Ah!! Sepupu Aku Dah Pandai!!

eh ko berkipas2 plak?? hahaha!!

Sebelum terjadinya bibit manis diatas.. (manis ke? pandailah dia jawab nanti yer.. hahahaha!!)
Pada satu malam yang membosan kan sambil mencuci mata kat salah sebuah kedai makan yang boleh la dikatakan popular di Kota Bharu tu (popular ke pi? hahaha!!).. Telah ditakdirkan pula melihat sepasang kekasih duk geli-geli bermadu asmaradana betul-betul dihadapan meja kitaorang..
Sepupu aku mula bersuara..

Firdaus: Ah!! Dunia tidak adil!! Asal orang ada awek aku tak da!!?

Faiz: Ala.. Ilek ar der.. Kang Tuhan dah bagi kau pulak yang tak mampu handle.. Hahaha!!

Firdaus: Ko cakap senang laa.. Ko tu PLAYBOY sepupu sepapat dengan buaya darat..

Faiz: Laa.. Kate pkai CROCS (same-same baru beli kat wakaf che yeh).. Hahahaha.. Mane ade dowh!! Aku single lagi setia kot..

Firdaus: Ah! SETIA ape nyer ko??

Faiz: Setia pada yang ENAM usaha pada yang LIMA..

Firdaus: Pundek la ko!! Perli plak..

Maka apa yang telah aku sebut menjadi kenyataan.. So.. Pandai pandai la dia.. Hahahaha!! Matpi & Zaty jangan mara yer.. Adik sedare mu bergurau jer.. Eh? Zaty jugak? Ah!! Ambek la!! Hahahaha..


p/s: sila baca dengan hati yang tenang untuk mengetahui apa yang tersirat.. yang tak berkenaan sila abaikan.. hahahaha!!

Gadisku..


Gadisku buta orangnya,
Buta melihat kerosakan dunia,
Buta melihat para jejaka selain muhrimnya,
Buta mmbaca majalah dan media rendah moralnya,
Buta hatinya buat apa saja yang memusnahkan dia.

Gadisku pekak telinganya,
Pekak mendengar hasutan dunia,
Pekak mendengar kejian,cacian,umpatan manusia,
Pekak mendengar tipu daya orang sekitarnya,
Pekak mendengar segala yang tiada faedah,

Gadisku bodoh orangnya,
Bodoh dalam perlakuan sumbang,
Bodoh dalam perbuatan keji,
Bodoh dalam perbuatan mungkar,
Bodoh atas segala yang dilarang.

Gadisku bisu mulutnya,
Bisu membicarakan keburukan manusia,
Bisu mengungkap kelemahan orang yang disayangi,
Bisu mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah,
Bisu berdebat selain ada kebenarannya.

Gadisku kudung tangannya,
Kudung kerana tidak pernah menyentuh melainkan yang halal,
Kudung menulis kata-kata merosakkan,
Kudung membuat perbuatan derhaka,
Kudung atas apa saja yang sia-sia.

Gadisku tempang kakinya,
Tempang untuk pergi ke pusat hiburan,
Tempang untuk melakukan maksiat,
Tempang untuk bersiar-siar selain bersama aku,
Tempang untuk menurut manusia durjana.

Duhai pembaca,
Sudahkah melihat bicara?
Alngkahnya indahnya jika gadisku banyak kecacatannya,
Kerana ianya buat ku bahagia…
Sentiasa..

Amin Ya Rabb.. Mudah mudahan diketemui apa yang diimpikan selama ini..

i..

selamat datang wahai sunyi..

kau hadir kehendak Illahi..

hendak kuhalang kan berdarah nya diri..

hendak ku tawa tidak bererti..

nak ku tangisi tiada gunanya lagi..

apakah riang ku akan kembali..


special thanks to Ibnu Shaban

Tuesday, May 25, 2010

Novel..







H.D : kalau diikutkan reaksi pertama dia.. eh jiwangnya? so? yang baca aku kot.. hahaha!! yang penting best.. mesti baca!! hahaha!! promote sikit..

Penjunjung Namaku..

Abdul Halim Mohd Nor & Shamsiah Mahmood


Setiap titis airmata
Setiap saat nan berduka
Mengajar aku erti dunia
Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu

Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Walau serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa... mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku di hati
Pada dua insan paling ku sayangi

Biar ku hilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua
Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya


dipetik dari lagu Penjunjung Namaku - KRU

me, myself & i..

- Muhammad Faiz Aqwa Bin Abdul Halim -
- 19 going on 20 -
- 9th July 1990 -
- Wangsa Maju, KL -
- single (wajib letak!!)-

p/s: credit to nadira alwan.. hahaha!!

Pembuka Bicara..

SEINDAH BIASA memaparkan blog@kisah suka duka kehidupan seorang hambaNya yang masih lagi tercari cari hala tuju sebuah kehidupan yang kian hari makin terasa kegersangannya. Digambarkan aku sebagai seorang hamba yang gundah hatinya berkelana menapaki jalan kehidupan impian seorang hamba yang merindui Cinta dan Kasih Sayang Tuan Al Wahidnya.. Hari berganti hari terasa kelemahan diri makin terungkai satu persatu yang menampakan diri tercampak jauh dari hamparan sejadah yang menjadi keutuhan hati sebelum ini.. Keinginanku harus lebih dulu sesuai dengan keinginanNya. Agar pencarian tak lagi terlalu sulit.. Pencarian harus dimulakan.. Muhasabah cinta, terdetiknya anjakan paragidgma..

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu