بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Wednesday, May 26, 2010

Gadisku..


Gadisku buta orangnya,
Buta melihat kerosakan dunia,
Buta melihat para jejaka selain muhrimnya,
Buta mmbaca majalah dan media rendah moralnya,
Buta hatinya buat apa saja yang memusnahkan dia.

Gadisku pekak telinganya,
Pekak mendengar hasutan dunia,
Pekak mendengar kejian,cacian,umpatan manusia,
Pekak mendengar tipu daya orang sekitarnya,
Pekak mendengar segala yang tiada faedah,

Gadisku bodoh orangnya,
Bodoh dalam perlakuan sumbang,
Bodoh dalam perbuatan keji,
Bodoh dalam perbuatan mungkar,
Bodoh atas segala yang dilarang.

Gadisku bisu mulutnya,
Bisu membicarakan keburukan manusia,
Bisu mengungkap kelemahan orang yang disayangi,
Bisu mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah,
Bisu berdebat selain ada kebenarannya.

Gadisku kudung tangannya,
Kudung kerana tidak pernah menyentuh melainkan yang halal,
Kudung menulis kata-kata merosakkan,
Kudung membuat perbuatan derhaka,
Kudung atas apa saja yang sia-sia.

Gadisku tempang kakinya,
Tempang untuk pergi ke pusat hiburan,
Tempang untuk melakukan maksiat,
Tempang untuk bersiar-siar selain bersama aku,
Tempang untuk menurut manusia durjana.

Duhai pembaca,
Sudahkah melihat bicara?
Alngkahnya indahnya jika gadisku banyak kecacatannya,
Kerana ianya buat ku bahagia…
Sentiasa..

Amin Ya Rabb.. Mudah mudahan diketemui apa yang diimpikan selama ini..

No comments:

Post a Comment