Aku lahir kerana Cinta Cinta Rabbku yang begitu luas
Cinta ayah ibu yang tak kan terbalas
Ku syukuri semua itu
Kerana hidup ini telah digariskanNya untukku
Agar ku memahami tujuan akhirku
Dan inilah sketsa hidupku
Yang penuh onak dan duri
Pahitnya peritnya hidup sering kurasa
Namun kusadari hikmah disebaliknya
Itulah kehidupan yang fana
Aku tak ingin berkeluh padaNya
Kerana ku yakin…
Ada manis Syurga yang menanti…