بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Monday, May 31, 2010

Sahabat vs Kawan..

khas buat bernama sahabat -
ishkandar zulqurnain

Kawan
ada masa kita susah..
Kawan
ada masa kita bermasalah..
Kawan
ada bila kita memerlukan..

Tetapi..

Kawan tak s e t i a n y a SAHABAT..
Mempertahankan sahabatnya walaupun didapati sahabatnya yang bersalah, dengan niat sahabatnya berubah dikemudian hari..
Bagi dia bukan tugas kita menghukum..
Sabar katanya..

Kawan,
Dia lari menjauhkan kita..
Katanya..
Macam macam dah tolong, ini balasannya?
Tak kenang b u d i katanya..
Balasan budi yang diharapkan kawan..
Ukhwah sejati yang dicari sahabat..

Yang baik hanyalah dariNya.. Yang buruk datang dari kekhilafan manusia sendiri..




Wednesday, May 26, 2010

Fatamorgana

Ketika fikiran ku melayang mengimbau peristiwa yang menghancurkan cita-cita, impian dan kerjaya ku.. Pendengaran ku menangkap sayup suara mendayu dicorong radio memainkan lagu yang cukup menghambat perasaan duka dihati ku ini.. Setelah ku kuatkan...

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah

Fatamorgana - Hijjaz

Bagai mengerti kegusaran dihati, kelopak mataku tidak lagi berupaya menampung kilauan air lalu berjujuran butir-butirnya jatuh membasahi pipi ku..

Ya Allah..
Kembalikanlah aku kepadaMu dengan iman dan keredhaanMu..

Permata Yang Hilang

"jika kita bukan pelita yang mampu menerangi malam,
memadailah kita menjadi kunang kunang
yang menemani di kegelapan"

-Madah Pujangga

Dipetik melalui buku Permata Yang Hilang - Ibnu Yusof

Ah!! Sepupu Aku Dah Pandai!!

eh ko berkipas2 plak?? hahaha!!

Sebelum terjadinya bibit manis diatas.. (manis ke? pandailah dia jawab nanti yer.. hahahaha!!)
Pada satu malam yang membosan kan sambil mencuci mata kat salah sebuah kedai makan yang boleh la dikatakan popular di Kota Bharu tu (popular ke pi? hahaha!!).. Telah ditakdirkan pula melihat sepasang kekasih duk geli-geli bermadu asmaradana betul-betul dihadapan meja kitaorang..
Sepupu aku mula bersuara..

Firdaus: Ah!! Dunia tidak adil!! Asal orang ada awek aku tak da!!?

Faiz: Ala.. Ilek ar der.. Kang Tuhan dah bagi kau pulak yang tak mampu handle.. Hahaha!!

Firdaus: Ko cakap senang laa.. Ko tu PLAYBOY sepupu sepapat dengan buaya darat..

Faiz: Laa.. Kate pkai CROCS (same-same baru beli kat wakaf che yeh).. Hahahaha.. Mane ade dowh!! Aku single lagi setia kot..

Firdaus: Ah! SETIA ape nyer ko??

Faiz: Setia pada yang ENAM usaha pada yang LIMA..

Firdaus: Pundek la ko!! Perli plak..

Maka apa yang telah aku sebut menjadi kenyataan.. So.. Pandai pandai la dia.. Hahahaha!! Matpi & Zaty jangan mara yer.. Adik sedare mu bergurau jer.. Eh? Zaty jugak? Ah!! Ambek la!! Hahahaha..


p/s: sila baca dengan hati yang tenang untuk mengetahui apa yang tersirat.. yang tak berkenaan sila abaikan.. hahahaha!!